Saturday 21 January 2012

Muslimah Berniqab. Tapi...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah, apabila mendengar tentang 'Muslimah berniqab' ni, tentu ramai yang memandangnya sebagai satu gambaran yang Islamik. Tetapi sepanjang mana kah gambaran Islamik itu dapat kita lihat?

Tujuan sebenar bagi Muslimah berniqab ni untuk menjauhkan fitnah dari dirinya. Saya tidak menafikan bahawa berniqab ini merupakan sunnah, tapi apakah tujuan muslimah-muslimah yang memaparkan dirinya yang memakai niqab di laman web seperti facebook, blog dan sebagainya. Ditambah pula dengan berrbagai-bagai jenis gaya dan aksi lagi. Inikah yang dikatakan sebagai sunnah ya ukhti? Tidak mengapa jika antunna nak bergambar sambil berniqab, tapi pivatekan lah gambar-gambar ukhti dari pandangan rijal. Dan satu lagi. Saya nak tegur tentang ikhtilat. Apa itu ikhtilat?

IKHTILAT dari segi bahasanye bermaksud 'pergaulan'. Perkataan ini berasal daripada kata dasar KHALATA yang bermaksud 'bercampur'.

Ikhtilat dibenarkan dalam beberapa keadaan.

1. darurat
2. memenuhi hajat atau keperluan
3. dalam majlis-majlis

dan yang tidak dinyatakan adalah HARAM!
termasuklah message dan lain-lain yang dapat membangkitkan nafsu syahwat.

So akhwat,ikhwan.
Kita lihat di facebook, ya Allah.
Banyaknya muslimah berniqab yang mempamerkan gambar-gambar mereka di laman web sosial tersebut. Setahu sayalah.

Dan tidak terkecuali juga muslimah berniqab ber'couple'. Ni yang lagi ana tak tahan.

Antunna ingat, boyfriend korang tu baik sangat ke. Even though dia tu imam masjid al-Haram pun if ber'couple' ni tak guna juga. Jika dia benar-benar nak menikahi ukhti pun, mesti dia tak nak ambil kesempatan. Ni duk sayang-sayang kat posts, ya Allah, meremang bulu roma. Antunna yang berniqab ni merupakan satu contoh bagi muslimah-muslimah lain. Ni lagi 'hebat' dari yang tak berniqab. Please ukhti, saya sedih sangat. Jangan rosakkan nama muslimah. Jangan rosakkan nama Islam.

Dan untuk muslimah yang going toward nak pakai niqab.
Ingat.
Innama a'malu binniyah.
Pastikan niat antunna nak berniqab itu demi Allah. Bukan faktor antunna orang berilmu, antunna nak berniqab. Dan jangan riya'. Nauzubillah ukhti.

Ukhti, saya minta satu jek. Tolong jangan rosakkan nama muslimah-muslimah yang berniqab. Bukan saya nak suruh antunna buka balik niqab. Tidak sama sekali!
Berniqab ni bagus. Cuma yang tak bagus tu bila muslimah tu tidak menjaga kehormatannya sebagai niqabi. Suka hati jek keluar dengan lelaki bukan mahram ke sana ke mari. Orang tengok pun dah suspect husband and wife. Wallahualam. Cukup setakat ini sajalah. InsyaAllah kita bertemu di lain waktu.

Akhir kalam, jagalah niat ukhti.

Wallahua'lam...

Yasmin Azizan...

28 Safar 1433...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment