Wednesday 25 January 2012

Tabarruj

1. Alat solek


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK8QIOJRmjILCf9VeI0Sw09bK3GCfOF16l-fup9rz05ckPbM4qRiVFhyphenhyphenVa8KCZ7bMxXN1cYsfxmIipaeSJatsWGZHck6TflKg9Fe_tqTB6ALt0pbxcQ3lBRQUE5oqde-yEdzzRFLO5884F/s400/tabarruj.jpg

    Tabarruj: jika wanita tidak menyembunyikan kecantikan wajah dan bentuk tubuhnya serta ia berangggapan hal itu baik untuk dipamerkan, dengan maksud untuk menumbulkan ghairah seksual kepada kaum lelaki.

    Tabarruj (menghias diri) secara berlebihan, hukumnya haram kerana ia termasuk dalam kategori mengubah hikmah kejadian Allah, atau lebih tepat lagi, tidak mensyukuri kurniaan Allah.

    Contoh: memakai alat solek atau barang-barang kemas secara berlebihan untuk tujuan kecantikan sehingga menarik perhatian ramai orang terhadapnya.                                                                                                                                                                                    

*bergantung kepada niat. Tidak salah bertabarruj untuk suami yakni d mana lelaki-lelaki lain tidak melihat kecantikan dan perhiasannya.

firman Allah swt: "Dan janganlah kamu bertabarruj seperti tabarrujnya orang-orang jahiliyyah terdahulu." [al-Ahzab:23]

"Wanita yang paling buruk ialah wanita yang meninggalkan rumah mereka dengan bertabarruj bebas tanpa hijab. Mereka adalah kaum munafik dan mereka tidak akan masuk syurga..."  [Sunan Baihaqi"]

2. Aksessori dan barang kemas

http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSNtn1Krz3xJ8pVQ3wdjarMd5wiD-nXgkRlSlVGbu-U7nOh_cm2LTrpgD4Y

    Imam Dzahabi dalam Kitab al-Kabair:

"Di antara perbuatan yang menyebabkan wanita mendapat laknat ialah menampakkan perhiasan, emas dan mutiara yang berada di bawah niqabnya, memakai wangian seperti misk, anbar dan tibb, apabila keluar rumah..."

Maimunah bt Sa'ad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda, "Allah murka kepada seseorang wanita yang keluar dari rumahnya dengan memakai wangi-wangian dan memberi peluang kepada lelaki melihat kepadanya, hingga ia kembali ke rumahnya." [Hadis riwayat Thabrani)

Abu Hurairah ra berkata: "Suatu ketika saya melihat seorang wanita memakai wangian yang sangat menyengat dan memakai pakaian ketat. Saya bertanya kepada wanita itu, "Wahai hamba Allah, apakah kamu datang dari masjid?"   "Ya," jawabnya. Saya berkata kepada wanita itu, "Allah swt tidak menerima sembahyang seorang wanita yang datang untuk sembahyang dengan memakai wangi-wangian..." [Hadis riwayat Abu Daud]

3. Wangi-wangian

DIHARAMKAN:

http://www.productbl.com/wp-content/uploads/2010/01/annick-goutal-perfume-eau-d.jpg










wangi-wangian yang kuat dan berpotensi untuk menggoda dan menaikkan nafsu syahwat bagi pencium baunya.




DIBENARKAN:

http://peonix.onlinegrocery.com.my/media/catalog/product/cache/11/image/5e06319eda06f020e43594a9c230972d/_/M/_MG_6550.jpg

wangi-wangian untuk menutup bau badan serta dipakai secara sederhana (tidak menarik perhatian orang sekitar pemakainya).

Dari Abu Musa al-Asy'ari ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda: "Siapa pun wanita yang memakai wangi-wangian, lalu ia melalui kaum lelaki agar mendapat baunya, maka ia adalah penzina." [Hadis riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dan at Tarmizi]

4. Pakaian yang terlalu terang warnanya
http://www.courtesan-boutique.co.uk/dresses/fairytale/new%20bridesmaid/striking_red_bridesmaid_dress.jpg
    Apa yang cuba diterangkan di sini ialah larangan memakai pakaian yang diperbuat daripada kain-kain yang terlalu terang warnanya sehingga boleh menarik perhatian orang ramai seperti 'merah garang yang menghairahkan' atau warna-warna lain yang membangkitkan nafsu syahwat.

5. Mengubah ciptaan Allah

http://www.islamituindah.my/wp-content/uploads/2011/10/haram-cukur-kening.jpg

    Apa yang dimaksudkan dengan mengubah ciptaan Allah ialah melakukan perubatan membuat ttu, menjarangkan gigi, mencukur alis (kening), menyambung rambut, mewarnakan rambut, memakai susuk dan mengubah anggota badan.
    Apabila perbuatan-perbuatan ini dilakukan untuk tujuan kecantikan semata-mata (ingin tunjuk-menunjuk) maka hukumnya HARAM! Namun apabila ia dilakukan untuk tujuan perubatan, hukumnya bertukar HARUS.

Daripada Ibnu Mas'ud ra katanya, sabda Rasulullah saw: "Allah melaknat perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu, yang mencukur alis, yang menjarangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah." [Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

6. Pakaian tidak menarik perhatian


https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/216016_212775095414716_100000466823728_826544_1623758_n.jpg

    Apa yang dimaksudkan dengan pakaian yang menarik perhatian ini ialah pakaian yang berlainan daripada pakaian orang lain sama ada dari segi warna, fesyen atau potongan pakaian sehingga menarik perhatian orang lain serta menimbulkan rasa bongkak pada pemakainya.
    Jenis pakaian ini termasuk dalam kategori ''pakaian syuhrah''  (pakaian bermegah-megah)

Ibnu Umar ra telah meriwayatkan daripada Nabi saw bahawa baginda telah bersabda: "Sesiapa yang memakai pakaian syuhrah, maka Allah akan memakaikannya dengan pakaian yang serupa pada hari kiamat kelak kemudian ia akan dijilat api neraka." [Hadis riwayat Abu Daud]

    Lawan kepada pakaian syuhrah ialah pakaian TAQWA iaitu pakaian yang sempurna piawainya sesuai menurut syara'. TAQWA itu sendiri membawa maksud "takutkan Allah" yakni dengan melakukan segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan Allah.

7. Perhiasan atau kasut yang berbunyi
http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQwuLCoSiiDjPmVwnUsMmdY0DVyU8OxItIC32CV-bK-LvsEzLzJijSyj54FRg

    Allah telah pun memerintahkan kepada kaum wanita agar menyembunyikan perhiasan mereka.

"Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." [an-Nur:31]

    Saranan:

i. Pakailah gelang yang tidak berloceng dan jangan pakai secara berlebihan.
ii. Pakailah kasut yang tumitnya diperbuat daripada getah kerana tapak yang lembut lebih berkesan dalam menyerap bunyi.

dari buku "Piawai Hijab Khusus buatmu Kaum Hawa'' m/s 5....


Wallahua'lam...


Yasmin Azizan


1 Rabi' al-Awal 1433...


Wassalam...

No comments:

Post a Comment