Saturday 29 October 2011

Wahai Mujahid...~

Wahai Mujahid...

Aku lihat riak wajahmu...
Tenang seperti biasa...
Sedangkan gelombang jihad memukulmu lagi...

Aku tahu...
Perit yang kau tanggung itu sukar untuk kau tahan...

Mujahidku...
Teruskanlah bermujahadah fisabilillah...
Teguhkanlah panji agamamu....

Biarpun berkali-kali kau jatuh tersungkur
Mujahid wa Mujahidah
Di tengah-tengah medan jihad...
Wajah bersihmu diliputi debu-debu perjuangan...
Namu tetap terpancar kemilauan iman...

Sabarlah,
Akan ku bantu mu...
Akan ku papah mu di sepanjang perjalanan...

Mujahidku,
Usah kau bimbang...
Lantera iman bakal menyusul mu...
Menyuluh kegelapan malam...

Mujahidku,
Makin derap langkah mu melaju,
Ke arah jihad yang dituju,
Makin galak syaitan menghasut mu...

Tanpa kau sedar,
Apatah lagi kau tahu...
Aku di sini semakin bimbang...
Apa kau mampu membina benteng yang utuh?
Apa perisaimu cukup kukuh?
Aku bimbang....
Benar wahai mujahid,
Aku bimbang...

Tidak aku harapkan dirimu setangkas Hamzah,
Segagah 'Umar,
Sekacak Yusuf,
Sebijak Sulaiman,
Selembut 'Usman,
Mahupun seikhlas Abu Bakar...
Kerana aku sendiri tidak layak mengharapkan sedemikian rupa...
Cukuplah sekadar kau mampu mencorak dirimu mengikut acuan mereka...

Mujahidku!
Sedarkah engkau?
Selama ini,
Kau lah Salahuddin al-Ayubi ku,
Kau lah Bilal bin Rabah ku,
Kau lah Salman al-Farisi ku,
Kau lah Khalid al-Walid ku,
Kau lah MUHAMMAD ku...
Sedarkah?

Sungguh,
Aku mengaku...
Kau tidak sehebat mereka,
Yang membela Islam walau terpaksa menggadai nyawa...
Tapi aku tahu,
Mereka wujud dalam dirimu...

Mujahid,
Tetaplah kau dalam perjuangan ini...
Teruskanlah mendaki...
Berdirilah engkau setinggi Uhud!
Lihatlah,
Betapa luas alam ini...
Kau sudah mengerti bukan?
Ya,
Dia lah Tuhan...
Tuhan yang menciptakan kau dan aku...

Wahai mujahid,
Tuhan pinjamkan aku rusuk kirimu,
Di saat kau kesunyian,
Aku hadir sebagai pelengkap hidupmu...
Aku adalah amanah dari Tuhanmu...
Bantulah aku....
Aku mahu berjuang disamping mu......

*Khas buat mujahidku yang belum pernah ku kenali... ^_^'

p/s: apabila Yasmin nak berjiwang....

Wallahua'lam...

Yasmin Azizan

3 Zulhijjah 1432

Wassalam...

No comments:

Post a Comment