Friday 28 October 2011

Muqaddimah

Assalamulaikum warahmatullah...

Alhamdulillah....
Diri ini masih bernyawa....
Degup jantung masih terasa...
Darah mengalir seperti biasa...

Adainya waktu ini....
Tuhan,
Kau ambil nyawaku
Betapa banyak amalan yang belum aku sediakan
Untuk ku berikan sebagai jawapan
Tugasku ini sebagai Khalifaturrahman...

Aku tahu akan gelapnya malam
Namun, tahukah aku kuburku akan suram...

Tanpa pahala yang ku gendong sepanjang perjalanan
Ada yang tercicir di tengah-tengah jalan
Ada yang terlepas ke tangan orang
Ada yang selamat aku bawakan
Untuk menghadapMu ya Tuhan...

Aku harap akan kasihan
Dari Allah, wahai Tuhan
Semoga dosa-dosaku diampunkan
Agar di akhirat sana aku tidak terkilan...

Hendak mempromote lukisan yg tak cantik... ^_^



















Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah swt....

KEWAJIPAN DAKWAH BAGI UMAT ISLAM

Apa itu dakwah? Dakwah adalah satu-satunya perkataan yang tidak digunakan oleh agama lain. Dakwah (دعوة) apabila dilihat sebagai kata kerja (فعل) iaitu da'awa (دعو). Dakwah merupakan tugas yang amat penting, mengajak manusia untuk beriman kepada Allah, tugas umat Muhammad, Rasulullah saw dan ia WAJIB bagi setiap mukalaf.
Saya petik beberapa ayat, kalam suci Allah sebagai rujukan buat kita.

Allah berfirman dalam surah Ali Imran ayat 110:
Kamu adalah sebaik-baik umat yang diutuskan kepada manusia kerana kamu menyuruh kepada yang makruf, mencegah daripada yang mungkar dan kamu beriman kepada Allah.

Firman Allah:
Dan hendaklah ada dikalangan kamu segolongan umat yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan dan menyuruh berbuat perkara yang baik dan melarang segala perbuatan yang mungkar (buruk dan keji) dan merekalah orang-orang yang berjaya. (Ali Imran : 104)

Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 108:
Katakanlah (Muhammad), "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin. Maha Suci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik."

Firman Allah dalam surah al-Fusilat ayat 33:
Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada seorang yang menyeru kepada Allah dan mengatakan "Aku termasuk di kalangan Muslimin."

Terbuktilah bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan kepada kita sebagai umat Islam yang mukallaf. Allah menyatakan, tidaka ada manusia yang lebih baik melaikan orang yang menyeru kepada kebaikan dan menegaskan keIslamannya.


Rasulullah pernah bersabda : "Sampaikanlah daripadaku walaupun satu ayat."

Kalau satu ayat pun Rasulullah menyuruh kita sampaikan kepada orang lain, sudah tentu sifat tabligh (تبليغ) harus wujud dalam diri kita kerana Rasulullah amat memberatkan ha-hal berkenaan ajakan atau seruan ke arah kebaikan.

Tidak perlulah kita takut akan kata-kata yang kurang menyenangkan dari masyarakat sama ada di hadapan atau di belakang. Kerana redha Allah yang kita cari, seterusnya baru lah redha manusia. Sesungguhnya, redha dari manusia yang kita mahukan, redha ke arah kebaikan. Tegurlah secara lembut dan berhikmah. Banyakkan doa dan tawakkal sahajalah kepada Allah. Kerana itu yang kita mampu lakukan. Bersesuaian dengan firman Allah :
 Sesungguhnya engkau (Muhammad) tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasih tetapi hanya Allah yang memberi petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. (Surah al-Qasas : 56)

Tazkirah buat diri sendiri dan buat kalian juga, sahabat.....

Wallahua'lam...

Yasmin Azizan

1 Zulhijjah 1432H

Wassalam....

No comments:

Post a Comment